Photobucket

Friday, March 25, 2011

PERASAAN DALAM SETIAP DIRI MANUSIA (:

Assalamualaikum .

Malam malam ni meh kite dok sembang sikit pasal perasaan . haa kalau korang ade benda nak share korang bgtau lah jgn duduk diam je . aku tak makan orang . haha .ok teruskan pada cerita asal . sebenarnya aku tak tau nak ckp mcm mana dgn hati dan PERASAAN . semua manusia mempunyai perasaan hati yang berbeza-beza . Jika sebut pasal perasaan juge tidak lah tertumpu tentang CINTA semata . PERASAAN nib g aku dia sgt unik . kadang tu ade orang yang hati dia lembut cakap sikit dah tersentuh . itu kalau org mcm tu . kadang ada jugak orang yanh hati dan perasaan keras nak mampus . kate orang di ibarat kan mcm degil bebenor lah kate org tu . haa kan aku dah ckp tadi perasaan ini banyak kategori untuk setiap manusia yang berbeza-beza . perasaan sayang , cinta , dan sebagai nya hadir bila seseorang itu suka pada seseorang .
Hal yang sedemikian tidak boleh dipaksa atau dicari . ia nya akan datang dengan sendiri walaupun kita sendiri tidak mahu perasaan itu . bg aku sendiri jika perasaan suka sayang itu datang pada aku , aku akan cube jaga dengan sebaiknya supaya tidak akan dibenci . haa BENCI ? benci juga adalah satu perasaaan yang dtang apabila kita sendiri berdendam dan tidak suka pada sesuatu benda atau makhluk Allah di sekeliling . jadi kita sebagai manusia harus mencari jalan bagaimana kita perlu buat supaya orang tidak membenci atau sebagainya . semua benda yang dilakukan mesti ada jalan nya .
Jadi , kita sebagai manusia sendiri harus tahu cara-cara untuk mengatasi segala hal yang datang . PERASAAN ini penting sebenarnya dan sebab itu ALLAH berikan kita perasaan untuk merasa sesuatu dan sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling . pelbagai-bagai perasaan yang ada dan sangat banyak contohnya : suka . sedih . marah . dan sebagainya . dan ingat lah setiap hari bukan perasaan yang sama hadir . setiap hari lain lain perasaan yang timbul dalam diri dan kita juga perlu menjaga hati dan perasaan manusia lain untuk kite terus hidup di muka bumi ini dengan aman dan gembira tanpa ada sebarang musuh atau dibenci oleh mana mana pihak . Jadi . beringat lah wahai saudara-saudara ku sekalian . renung dan fikirkan .

Evand Zahari II .

No comments: