Photobucket

Thursday, October 6, 2011

HAPPY BIRTHDAY “ZARITH SAFURA BT ZAHARI”

HAPPY BIRTHDAY  “ZARITH SAFURA BT ZAHARI”

Selamat Hari Lahir Kakak Yang Ke 24 Semoga Panjang Umur Dan Dimurahkan Rezeki . Tambah-2 Lagi Hujung Bulan Ni Dah Nak Kahwin Dengan Jejaka Idaman Kan ? Semoga Bahagia Ke Anak Cucu . Ikatan Perkahwinan Tu Maybe Hadiah Yang Sangat Istimewa Dalam Hidup Kakak . Orang Sebagai Adik Hanya Mampu Berdoa Yang Terbaik Untuk Kakak Dan Apa Yang Kakak Impikan . Semoga Kakak Menjadi Insan Dan Isteri Yang Bertanggungjawab Kelak .

Allah Selamatkan Kamu . 

love you kak

Tuesday, October 4, 2011

Papa .

Papa .

Papa , I love you so much . Evand rindu papa . Terima kasih papa sebab jaga org sepanjang hidup org diatas muka bumi ini . sudah banyak papa korbankan untuk org dan adik beradik . sudah banyak benda yang papa curahkan untuk kami walaupun benda yang papa bagi tu Cuma kecil yang tak nampak tapi bagi org benda yang apa saja papa bagi tu sangat berharga . Papa , sekarang umur org dah 21 . Tak sangka pejam celik org dah besar dah kan pa ? Papa ingt tak dulu org sangat manja dgn papa . papa lah tempat org mengadu bila mak pukul org sebab saja nak bergurau dgn adik*kemba. Papa lah jadi bantal bila org baring sebelah papa . Papa lah segalanya . Org ingt lagi masa kakak buang pistol mainan org dalam longkang , masa tu org tunggu papa balik nak mengadu dekat papa yang kakak dah buang pistol org tu . tgk-2 papa balik dgn bawak pistol baru . hee alangkah gembiranya hati org masa tu papa . lagi satu kenangan bila papa upah org bila cabut kan Uban papa dekat kepala tu . *bila rambut semua hitam baru nampak muda kan pa ? hehe . lepas tu kalau basuh keta papa nanti papa bagi lah rm 5 . banyak tuh masa tu. Bila mintak 2 ringgit mesti papa bagi 5 ringget . papa baik sgt . nak tgk bola pun papa bagi duit . papa tak pernah mengeluh bila org mintak apa apa . org tau sebab org jujur . adik beradik lain takut nak mintak dgn papa . org je yg berani kan . haaa . Muka papa masa umur 21 dulu sama kan mcm muka org sekarang . hensem , kurus , tinggi . mcm *faizal hussien . HAHA . tu papa kalau org mesti mcm pelakon Holywood tu . HAHAHA .

Papa , tapi sayang bila papa dgn mak tak de jodoh lagi . Evand terpaksa akur dgn ketentuan Allah yang jodoh papa dgn mak tak panjang . masa tu org amik spm . agak terjejas lah jugak pa belaja masa tu . Sorry lah kalau Spm org tak bagus . Tapi org janji dgn papa org belaja rajin-2 supaya berupaya menjadi manusia yang berguna di dunia pa . Nanti kalau dah Berjaya org belikan papa rumah tau ! heee org akan berdoa papa panjang umur dan murah rezeki . Harap papa masih ada bila org kahwin nanti . sebab org kahwin lambat pa . 2018 . nak cari duit nak cari harta dulu (:

I love you pa .

Your beloved son
Evand zahari .


zahari ahmad

Sunday, October 2, 2011

kahwin !

BOLEH TAK KALAU SAYA NAK KAHWIN SEKARANG ? HAA DAH GATAI SGT DAH NI MAK . HAHA . DAK DAK . SAJA JE . TAK LAH NAK KAHWN SEKARANG , DOK PIKIAQ JUGAK NAK BAGI ANAK ORG MAKAN APA . TAKKAN NAK BAGI MAKAN PASIR KOT . KAN ? HAHA DEPA NAK JUGA MAKAN SEDAP "CHICKEN CHOP" BAGAI .. HAHAHA MAKLUM LAH BUKAN SENANG NAK TANGGUNG ANAK ORG . NAK AKAD NIKAH TU MMG SENANG TAPI NAK LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI DAN BAPA TU  SUSAH . HAA NEH AKU RASA DARI PENGALAMAN AKU LAAA SEPANJG HDP AKU . HAHA ENTRY KALI NI PUN AKU TATAU LAA APA YANG AKU NAK TULIS SEBENAQ NYEEE . SEBAB AKU BUKA NEW POST TERUS JARI JEMARI AKU DOK TULIS MACAM ROBOT . SO AKU TULIS AJE LAH IKUT SUKA AKU . KALAU HGPA SUMA PELIK HGPA BUAT-2 PAHAM JELAH NOHH . HAHAHHAHAHA BULAN NI BULAN 10 . KAKAK AKU TU DAH NAK KAHWEN DAH . KEJAP JA RASA . DULU KECIK-2 NAIK BESKAL SMA-2 SAMPAI AKU JATUH DARAH GG . LEPAIH TU AKU JADI BATU API MASA BULAN PUASA TAK PASAI DIA "KAKAK KESAYANGAN" AKU TUH KENA TIBAI DENGAN KASUT TIMBERLAND BAPA AKU TU KAT MUKA DGN MAK . DAPAT LAH JUGAK KAKAK MAKAN TAPAK KASUT PAPA . HAHAHAHA KESIAN KAKAK . KADANG KAKAK PUN JHAT DIA PENAH "HALAU" AKU DARI RUMAH . DIA BUANG PISTOL MAINAN AKU DALAM LONGKANG . HAA TAPI ITU MASA KECIK MASA MENTAH . LA NI SUMA DAH BESAQ . KAKAK MAKN CANTIK . NAK JADI BINI ORG DAH KAN KAKAK ? ERM HARAP KAKAK BAHAGIA DGN ABG IPAR "ABG LAN" YANG COOL TU . HAHAHA MINTAK MAAP LAH EK KAKAK KALAU DULU MASA KECIK KECIK DULU NAKAI NAHAREE SUNGGUH ! BIASALAH ZAMAN BUDAK-2 KAN . NAK MANJA MCM GITU LAH CARA NYAA . HUJUNG BULAN NI KAKAK DAH NAK JADI ISTERI ORANG DAH . HARAP KAKAK DAPAT LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SBG SEORANG ISTERI DGN BAIK . ORG DOA AJE LAH KAK SEMGA AKAK BAHAGIA DAN CEPAT DAPAT ANAK SEDARA .! HIHIHI . ORG KAHWIN LAMBAT LAGI KOT KAK , MAKLUM LAH MASUK BELAJA LAMBAT SO KAHWEN PON LAMBAT LAH LAA NAMPAK NYE . DULU KAKAK SURUH MASUK BELAJA AWAI ORG TAK NAK . DEGIL . KATA NYA KEJA LAGI BEST . SKRG TERIMA LAH EK . HAHA , NAK TUNGGU ORG KAWEN MAYBE 
23 NOVEMBER 2018 KOT KAK . HARI TU HARI JUMAAT . HARI JADI ORG (: HIHIHI .


K LAH DAH TAK LARAT NAK TULIS LAGI . BYBYE.




I LOVE YOU KAKAK

Tuesday, September 27, 2011

UNBELIEVABLE .

You came into my life unexpectedly,
and everything took a turn for the better.
Your cool eyes, your laugh,
the sincere way you speak,
and the kindness you showed me,
all became a part of my life.

As you unfolded yourself to me,
I discovered more and more beauty.
I have never seen so much
gentleness in one person.
Without even knowing it,
you were slowly making a place
for yourself in my heart.

It used to seem so hard at times
to feel so close in a relationship.
But it’s so easy to feel close to you.
I can’t tell you how nice that feels.
I realize now that I had never known
what it meant to be loved
until I was loved by you.

Your beloved
Evand.

Sunday, June 26, 2011

HEAVEN OF PANGKOR

PANGKOR

Percutian yang tidak dirancang oleh aku yang dibwa oleh Atyn. Hm ntah mcm mana aku ikut depa p Pangkor salah satu tempat yang mana dari kecik aku tak pernah lagi jejak kat sana so kira percutian kali ini yang sgt bermakna dan kali pertama bagi aku dan sangat-2 berterima kasih pada Atyn sebab sanggup keluaq duit dia sebab aku takda duit .terima kasih juga dekat mama papa dan kakak sebab depa aku dapat p sana bercuti dengan org-org hot Macam Fahrin ahmad , Lisa surihani , Nabil dan Atyn . haa hgpa jgn pelik semua tu bukan artis tapi depa yang Hot bg aku (: . hm neh gambaq org-org hot aku :


Lepas tu p lah aku pangkor dengan depa lepak chalet panvill dekat sana suka lah dapat kunci tgk lah aku neh ha dah mcm apa jaa .


Lepas tu suma dok siap-siap p mandi PULAU ! tuhdiaaaaaa omputeh dok jemur badan mcm ikan masin tgh panas tu ha . semnagat nak hitam tu lah jadi putih lagi . ha ! jalan jalan dulu tepi laut sampai hujung laut tu p lepak sembang dgn Brader tu Tanya lah harga naik banana suma bagai . sudah nya ckp kat brader tu takpe besok kita mai . haaa neh ha brader tu :


Lepas tu kita suma p mandi laaa bukan main suka mcm budak-2 pertama kali p bercuti . ni gambaq-2 smgt main air laut yang masin lagi best :


Lepas mandi bagai kami pun balik lah bukan balik rumah tapi balik p makan sebab lapaq baq hang ! sambil mkn mknan tuh *tak bapa sedap , layan ajelah . tgk tgk pemandangan ciptaan Allah sungguh kagum sebab matahari baru nak turun so apa lagi , Atyn lah jadi mangsa keadaan jadi Model Pangkoq . :

Lepas settle suma kita suma mandi pastu rehat sat mlm tu kuaq p jalan-jalan cari baju pangkoq ok semua dah jumpa sebab semngat nak pakai besok pagi . tak silap Plan mmg nak bgn pukui 830 pagi sebab nak main-main bagai . tgk tgk jam tuhdiaaaaa pukul 1030 pagi . nak main pedea ? main taik mata laaa . hahahahhaha tapi takpa sebeb semalam dah lepak bagai tgk youtube org gila dan yang atyn minat sgt si Thaqif budak Singapore tu . suara dia sedapp.
Erm, so tak p lah main main kita semua lepak tngkap gambaq dan balik ! yeah ! I love pangkor .


Moment Pangkor with Friends : Atyn , Nabil , Ateh , Lia .


Friday, June 24, 2011

US experts confirmed Anwar as man in video, court told .

 US authorities have identified the man in the controversial sex video screened by “Datuk T” as Datuk Seri Anwar Ibrahim, a magistrate’s court was told this morning.
The point was raised in the facts of the case read out today after the “Datuk T” trio of Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Datuk Shuib Lazim pleaded guilty to their involvement in the screening of the video on March 21.
Abdul Rahim was accused of abetting Shazryl and Shuib in “openly” screening the pornographic material featuring sex acts between a man and a woman at the Carcosa Seri Negara Hotel here on March 21. All three were slapped with fines under section 292 of the Penal Code.
“Results of the analysis by experts from Dartmouth College, Handover, New Hampshire in the US verified the authenticity of the video, that there was no tampering or any act of super-imposing and that it originated from a DVR camcorder taken from Datuk Shazryl,” deputy public prosecutor Kamalluddin Md Said said when reading the facts of the case this morning.
He explained that the police had also obtained a CCTV recording from an apartment in Ampang, where the sex acts took place, and confirmed that both Anwar and Shazryl had been at the lobby of the apartment building on February 21, the same day that the sex video was said to have been recorded.
“Experts from Dartmouth College also carried out a facial recognition analysis on the man in the video and found that it resembled Anwar Ibrahim,” said Kamalluddin.
Abdul Rahim’s lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, who also submitted on that point today, told reporters later that according to the experts’ report, they were 99.99 per cent certain that the man in the video is Anwar.
In the June 4 report, prepared by Professor Hany Farid and Professor Lorenzo Torresani, it was stated that the institution had studied a video from a camcorder in a room and copied to a thumbdrive, a video from a surveillance camera taken in a room and extracted directly from a DVR, a video from a second camcorder taken outside an elevator, 320 images of one person named as “Mr X”, 26 images of one person named as “Mr Y” and 4,423 images of “Malaysian people”.
The report concluded that based on the study, “Mr X” is the same man in pictures provided to them by the local authorities, which were of Anwar.
“The conclusion states very clearly that Mr X is Anwar. They cannot say directly that Mr X is Anwar because they do not know him, but they concluded that it is 99.99 per cent certain from their facial recognition analysis that the man in the video is the same as the man in the pictures (of Anwar) shown to them,” said Shafee.
As such, he told the court that Anwar should be charged under sections 192, 193 or 199 of the Penal Code for lodging a false report, denying his identity in the video.
In court earlier, the trio’s counsel took pains to list down their clients’ credentials to prove their credibility as upstanding Malaysians.
The court also screened the 21-minute recording to ensure that the evidence had not been tampered with but magistrate Aizatul Akmal Maharani ordered the pornographic portions to be fast-forwarded.
In appealing for a lenient sentence for Abdul Rahim, Shafee pointed out that the latter was a first-time offender, that he had not caused any injury, his action was not for the purpose of obtaining profit and was in fact more for “public benefit”.
“We cannot let these men leave here thinking that justice was not served. We must show that justice has been done. Use your discretion wisely to look at their three cases here, in particularly my client, who only came in to assist in securing the room in Carcosa.
“He was driven by compassion to expose probably the biggest fraud in Malaysia,” he said.
Shazryl’s lawyer Mohd Zamani Ibrahim agreed with his colleague’s submission, saying that his client had even performed the “sumpah laknat” to prove that he was not lying.
“Until today, Anwar has not responded. What he did was for public good,” he said, adding that Shazryl was also a close associate of Anwar’s since 1996.
Lawyer Suhaimi Salleh, arguing for Shuib, appealed for a light sentence for his client, saying that by pleading guilty the latter had saved time and money. He also said that Shuib is a pensioner, a senior citizen and a diabetic.

Tuesday, June 14, 2011

Tarik Perhatian Peminat dengan "PAYUDARA" .

Assalamualaikum , entry kali ini bukan apa cuma nak buat ramai sikit , yelah sejak dua menjak neh depa dok heboh dengan klip video "lucah" arahan Gambit tu . lah neh aku nak tunjuk kat hgpa suma cara omputeh tunjuk cara depa nak tarik peminat :

pangkah habis .


Taylor Momsen's quest to prove what a bad girl rocker she is continues.

The 17-year-old singer let her chest hang loose as she wore an oversize tank top during a performance with her band, The Pretty Reckless, at the Download Festival in Leicestershire, England, on Sunday.

Momsen's breasts frequently popped out of the top, but she was more than prepared for such an incident, with black tape making an X over her nipples.

With a studded collar, oversize sunglasses and rubber bracelets accessorizing her all-black outfit, Momsen achieved the rocker look she so often strives for these days.

It's a far cry from the cherubic blond child who starred as Cindy Lou Who opposite Jim Carrey in 2000's "How the Grinch Stole Christmas."

Seven years later, Momsen still had an innocence about her as she debuted in her first regular series role on "Gossip Girl."

But as the actress embraced a darker persona offscreen, so did her character. And after taking much of the 2010-2011 TV season off to focus on her music career, it was revealed Momsen won't be returning to the show full-time in the fall but could possibly appear as a guest star.

"Music was this thing that I chose, and I chose that at a young age," she told Zap2it last month. "Acting was very much a job for me and it became even more so as I got older and older."
"I enjoy it fine, but I don't really miss it right now," she continued. "I don't know if I'll go back to it ever. ... I'm not gonna say that I'm not, but I don't know if I will."



hgpa tgk video lagu neh yang depa dok kata HOT bagai .

Sunday, June 12, 2011

MANUSIA YANG SAMA

ASSALAMUALAIKUM .

entry kali nih cuma nak kongsi gambaq dgn hgpa semua yang mana bila tiba cuti sem ni aku mmg takda keja nak buat padahal *report* latihan industri sedang menunggu . tapi takpaa yang tu biaq dulu skrg kita tgk dulu gambaq yang aku nak tunjuk neh . sebenarya penat nak buat gambar ni sebab kena tuka baju bagai tapi shot dalam tempat yang sama . so camera hgpa tu tak boleh nak gerak dan segala prop yang ada tak boleh diubah untuk tidak mencacatkan gambar . aku cuba cuba 2 gambar yang aku buat ni hasilnya hampir berjaya . thanks to all my facebook friends and my blogger followers :

super impose
super impose
ok , sampai sini saja ada masa aku update lagi . Assalamualaikum .

Saturday, June 11, 2011

KASUT OH KASUT



ASSALAMUALAIKUM FOLLOWERS EVAND SEMUA !
KALI NI EVAND NAK BUAT ENTRY PASAL KASUT PULA (: BUKAN APA DAN BUKAN NAK BERLAGAK CUMA SAJA NAK BGTAU MANA LAH TAU KALAU KASUT EVAND HILANG HGPA NAMPAK , KANN ?
OKE OKE TERUS PADA CERITA HM SEBENARNYA AKU NEH BUKAN LAH GILA KASUT YANG BERJENAMA BAGAI . TIDAK (!) ITU BUKAN AKU . AKU CUMA BELI KALAU ADA DUIT DAN KASUT TU MENARIK PERHATIAN AKU . TAK SALAH KAN KALAU BELI SESUATU BENDA TU DENGAN HASIL TITIK PELUH SENDIRI.RASA PUAS OH ! HGPA CUBA LAH RASA NIKMAT DUIT SENDIRI . BEST BEST .

CONVERSE ALL STAR :

INI KASUT PERTAMA AKU BELI . (PERTAMA KE) AKU RASA TAK SEBAB SEBELUM SEBELUM NI BANYAK JUGAK KASUT AKU BELI TAPI YANG ADA SEKARANG CUMA TINGAL 4 . SO KIRA KASUT CONVERSE NI YANG ADA SEKARANG , TAK SILAP SEBELUM NI PAKAI KASUT *VANS* DENGAN *EVERLAST* TAPI TAU LAH BENDA LAMA MESTI ROSAK KAN ? SO 2 KASUT TU DAH HILANG ENTAH KEMANA TAKTAU.OKE ! KASUT CONVERSE NEH AKU BELI MASA DEKAT JOHOR SEBAB KASUT NAK P KELASS TAKDA TGK KAWAN-2 LAIN DOK BERGAYA DENGAN KASUT ADIDAS,NIKE,LEVI’S BAGAI SO AKU MASA TU CUMA PAKAI KASUT P NOREH GETAH TU . MALANG KAN ? HAAA PASTU AKU P LAH JJ TEBRAU P BELI KASUT CONVERSE NEH. BOLEH NAK KATA TIAP-2 MINGGU P BASUH KASUT TU YELAH BENDA BARU MESTI SAYANG KAN. ? TAPI LA NEH TAK BASUH DAH . YELAH DAH ADA 3 LAGI KASUT YANG ADA UNTUK SEDIA DISARUNG (: *NAMPAK SANGAT AKU NEH KACANG LUPAKAN KULIT KAN .

CONVERSE ALL STAR



ZARA MAN :

INI KIRA KASUT KEDUA AKU YANG AKU BELI  DAN AKU RASA KASUT NI YANG PALING MAHAL AKU BELI TAK SILAP HARGA DIA RM 190.99 . GILA KAN AKU ? TAPI NAK BUAT MCM MANA TGK BUTIK PUN DAH TAU MAHAL TAK MAHAL KAN ? TAKPA JANJI AKU PUAS HATI . KASUT NI AKU BELI SEHARI SEBELUM NEW YEAR 2011 MASA TUH TAK SILAP AKU P KL TIDUR RUMAH AKAK AKU , SO BANGUN AWAL PAGI KAKAK DENGAN ABG LAN *TUNANG DIA * NAK P KURSUS KAWIN SO AKU SUH LAH DEPA HANTA AKU AREA BB TU HA . SO AKU BERJALAN JELAH DARI SOGO KE PAVI DARI PAVI KE TIME SQUARE DAH MCM ORG GILA HILANG ANAK TAMBAH PULAK TGK GELAGAT BUDAK-2 YG BARU NAK UP . HM MCM-2 LAA . SO BILA DAH USHA-2 MANA YANG OK LASTLY PERGI LAH MENUJU PAVI BUTIK ZARA MAN TU LEPAS CARI-2 KASUT TGK ADA LAH SATU KASUT YANG MENARIK PERHATIAN , SO LANTAS MENCUBA DAN BAWA KE KAUNTER DAN BAYAR . SETTLE . AKU INGAT DAH HABIS DAH RUPE-2 NYE KAKAK AKU PUN SIBUK BELI JUGAK , HM BIARLAH DUIT DEPA TAPI TIME TU MMG SHOPPING ZARA JELAH KAN .

GAMBAR-2 SHOPPING SAKAN :

CUBA

TERUS MENCUBA

TAK SESUAI

YEAH !

MY SHOES

MY SISTER SHOES

PENAT SANGAT. --'


JOMA LOZANO DAN LOTTO :

 KASUT NI AKU BELI MASA 9.6.2011 PETANG AKU EKSIDEN . SEBENARNYE DAH LAMA NAK CARI KASUT FUTSAL MANA TAK NYA SEBELUM NI ASIK REMBAT KASUT ORANG JE . *APIS MAIL* DIA PAKAI ADIDAS SALA ,SO TIAP-2 SABTU KEJA NAK MEMINJAM AJE . HAA BARU INGAT AKU ADA KASUT FUTSAL SEBELUM TU DAH TAPI DAH BARAI . KASUT AKU SEBELUM TU AKU PAKAI KASUT ADIDAS ADINOVA . MAKLUMLAH KUAT SGT SEPAK SAMPAI KOYAK KASUT TU . SERET APE TAKTAU . HAHAHAHA KASUT TU SKRG JADI KENANGAN AJELAH .LEPAS JE KASUT ADINOVA AKU TU ROSAK TU AKU PINJAM ADIDAS SALA APIS SEBAB DIA JARANG MAIN FUTSAL . TAPI KASUT DIA KECIK SIKIT AKU KAKI PANJANG MCM APA TAKTAU . HAA NAK DJADIKAN CERITA HABIS JE PRTIKAL AKU KERJA DEKAT GIANT BUAT WESTERN FOOD SO CUKUP BULAN  DAPAT GAJI. AKU DALAM KEPLA OTAK DAH FIKIR NAK BELI KASUT . TAPI SEHARI DUA SEBELUM DAPAT GAJI DAH P USHA KASUT DENGAN KAWAN*AZMERUL* P USHA DEKAT BUTIK JOMA IPOH . KEDAI SUKAN DEKAT UDA PASTU LAST DEKAT AL-IKHSAN TAPI TAK BANYAK PILIHAN YANG ADA SO BESOK NYE DAPAT GAJI TERUS PINJAM MOTO *SHAFIQ* P MIZI SPORTS CARI KASUT . TAK SIA-SIA P SEBAB KASUT BANYAK MURAH-2 BUKAN APA AKU PIKIR NAK BELI 1 JE KASUT TGK TAK SNGKA AKU BELI 2 KASUT SEKALI GUS . TAMAK HALOBA BOLA . TAKPA TAKPA JANJI NAMPAK APA AKU BELI DARI HABIS MCM TU JE KAN . AKU PUN AMIK LAH KASUT DAN TRY-2 AND LASTY AKU AMIK KASUT JOMA DENGAN LOTTO DAN SEMUA SEKALI RM 250.00 . OK LAH TU KAN 2 KASUT CUMA RM 250.00 DARI BELI ZARA 1 KASUT HAMPIR RM 200.00 .

JOMA LOZANO

LOTTO

ADIDAS SALA


ADIDAS ADINOVA



SO , INI JELAH AKU NAK CERITA PASAL KASUT YANG ADA . LA NEH AKU CUMA ADA DUIT BELI KASUT,-KEMEJA DAN SELUAR . KATA MAMA PAPA BELI BARANG YANG NAMPAK HASIL TITIK PELUH SENDIRI . KIRA  AKU DAH TUNAIKAN LAH HAJAT MAMA PAPA KAN ? HAHAHAHA TO FOLLOWERS THANKS SEBAB MEMBACA (:

P/S : GAMBAR SHOPPING DI ZARA CREDIT BY WWW.LIPSLIKESUGAR87.BLOGSPOT.COM

Friday, June 10, 2011

"PEKIDA" Marah Filem "KL GANGSTER dan KONGSI"

Assalamualaikum semua , pagi ini kita KONGSI sikit cerita pasal filem yag berkait sikit dengan PEKIDA , kata ahli pekida yang filem KONGSI dan KL GANGSTER telah membuka KOD RAHSIA pertubuhan terbabit , Kita ikuti berita lanjut :

Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.
Syamsul, 27, berkata dakwaan ahli Pekida itu mungkin berpunca daripada salah faham selepas filem arahannya itu mula ditayangkan di pawagam, kelmarin.

“Saya sendiri tidak faham apa kod rahsia yang dimaksudkan mereka, kemungkinan mereka tidak berpuas hati kerana penggunaan perkataan ‘abang long’ dan ‘ayahanda’ dalam babak filem itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, filem itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak, malah penggambarannya mendapat kebenaran daripada polis dan pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

“Sebelum membuat filem, penolong pengarah produksi, Rizal Ashraf terlebih dulu melakukan kajian dan menemubual bekas gengster.

“Tetapi isu seperti itu tidak sepatutnya timbul dan saya mengharapkan ahli Pekida tidak sewenang-sewenangnya menuding jari kepada Skop Production kononnya menjatuhkan bangsa sendiri,"
Dia berkata, filem itu hanya rekaan semata-mata dan bersifat hiburan, malah ia tiada kaitan langsung dengan gengsterisme di negara ini. “Tujuan penghasilan filem ini adalah menyampaikan mesej bersifat kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan harapan ibu bapa mengambil berat terhadap anak yang sedang meningkat dewasa,” 

Di sebalik kontroversi itu, Syamsul tetap melahirkan rasa syukur kerana kutipan hari pertama tayangan filem itu mencatat RM1.5 juta.
Selain KL Gangster, Pekida juga berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi kerana mendakwa mereka mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan.

syamsul yusoff : pengarah


Sementara itu, pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari, 30, turut memberi pandangan sama iaitu filem berkenaan yang ditayangkan di saluran Astro First hanya hiburan semata-mata tanpa ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pertubuhan.

hero filem KONGSI


“Bagi saya penggunaan ‘abang long’ atau ‘ayahanda’ sinonim dengan masyarakat Melayu, saya juga memanggil mak cik dan pak cik saya dengan gelaran ‘mak long’ dan ‘pak long’.

“Tidak ada sebarang kod rahsia yang menyentuh sesiapa. Sebaik menerima skrip filem itu sebelum ini, saya dapati ia karya yang menarik dan menghiburkan,





antara skrip yang ada didalam KL GANGSTER : "lu abg long ka ayahnda ka ini kl gua yag pegang"

so , sekarang neh nak buat filem pun kena berhati-hati nanti tak pasal pasal kena marah bagai .

Thursday, June 9, 2011

HATI-HATI DIJALAN RAYA

Berhati-hati di jalan raya . ITU JE AKU DAPAT CAKAP.
 hm entry kali ini kau nak cerita aku eksiden/terjatuh motor , Pukul 8 malam 9 Jun  2011 . Alhamdulillah aku masih lagi diberikan nyawa untuk terus hidup jika tidak mungkin sekarang ni aku sedag dibacakan yaasin di dalam bilik jenazah . Syukur Alhamdulillah sekali lagi aku selamat . Nak dijadikan cerita pukul 810 minit malam aku keluar rumah nak jumpa kawan dan dalam masa yang sama aku  pinjam motor kawan *shafiq (kawan baik aku dari aku kecik) hm so dalam pukul 8 lebeh mcm tu aku keluar tapi sebelum nak keluar tu aku terfikir nak naik moto shafiq atau pun naik moto sendiri dalam hati kata naik moto shafiq lah sebab nanti adik-2 nak guna motor pergi mana-2 senang . so aku janji dengan kawan sebelum pukul 9 aku sampai . Shafiq ade pesan dekat aku bawak pelan-2 sebab motor tu BREAK belakang takde Cuma ade brek depan so hati-2 lah kebetulan pula malam tadi hujan dan jalan tau lah kan . basah dan licin . so aku bawak moto macam biasa . elok je lagi 300KM nak sampai ade traffic light tibe-2 tukar lampu MERAH so aku mcm panic sebab aku tgh bawa motor dalam 60Km sejam so dalam otak aku dah fikir break kuat-2 so dengan secara tiba-2 handle moto tak dapat dikawal lagi dan aku diHERET 200 meter dari tempat aku jatuh . aku seret/jatuh blah kanan . aku tak fikir ape dah masa tu yang aku fikir motor orang dengan MATI sebab dalam masa yang sama ade LORI SIMEN dalam 80 meter dari tempat aku jatuh datang dekat aku nasib baik Allah bagi aku fikir dengan cepat , so aku bangun amik motor letak dekat tepi . hembus nafas panjang bila aku masih lagi berNYAWA. Sejurus itu aku terus cari fon nak call membe tapi sayang bila tgk fon aku dekat tgh-2 jalan dengan terhencut-2 aku lari amik fon . takde satu kereta pun berhenti tolong aku . Dengan pantas aku msg shafiq ckp aku exdent tolong dtg sini cepat . Syukur alhamdulillah aku Cuma luka dekat kaki tgn dengan peha . Aku tak boleh lupa yang aku kene seret sejauh tu dan aku bertindak cepat dari dilanggar Lori dan kereta-2 kat belakang.

So , dekat sini aku nak pesan bawak motor / kenderaan secara selmat dan jangan lupa tunaikan solat sebelum keluar sebab sebelum exdnt fon aku ada alarm azan pastu aku stop then aku exdnt . ade hikmah disebalik apa yang berlaku . thanks untuk kawan-2 yang tolong dan adik aku shali .

Tuesday, June 7, 2011

LUKENABEB VERSI EVAND .

Assalamualaikum , semalam lebih kurang jam 3 pagi bila dah kenyang tak tau nak  buat apa saya terfikir nak buat LUKENABEB pada sorang makhluk Allah ini . Kesian dia kan ? tapi takpee sebab dia jenis tak reti nak marah . HAHA so nak dijadikan cerita saya selalu kejut dia bangun Solat subuh dan kadang dia kejut saya so semlam saja nak Usik dia , check it out :

07 June 2011 . jam 3.28 a.m ...

bell lena diulit mimpi , ouh indahnyaaa . mimpi apa tatau* -,- tiba tiba .... kring kringg ~ telefonn telefonn berbunyiiii .wonderpets* mata sepet , tengok nama : EVAND ZAHARI . haa bersepah kan nama dye dekat blog sy nih ? dye lah orang yg ada dengan sy selalu :) ta lupa tuh* ok dengan ta tengok jam nyaa , bell terus angkat .....

bell : hello !
EZ : buat apa ?
bell : gosok mata* tidur lahhh .
EZ : bangun , dah pukul 6 pagi .
bell : ouh ok , thanx tauuuu ! angkat kepala na bangun*
EZ : gelak* hahahaah ~ cuba tengok jam .
bell : baring balik , tengok jam . dahi berkerut* ehh pukul 3.30 . padahall jam pukul 3.28 a.m*
EZ : hahahahahahhahahhaha ~ gelak gila kaw kaw punya gelak* tengok depan katil , tepi katil , ada camera . pergi depan cermin cakap WAKENABEB 
bell : terus duduk* awakk nihh , ishhh ~
EZ : masih gelak* hahahahahahahahhha ~ nasib ta bangun pergi solat lagi kan ?
bell : kang ada yg solat subuh pukul 3.30 . awak nih jahat ouh .
EZ : gelak lagi* 
bell : tersenyum* kenapa belum tidur ?
EZ : dah tidur dah tadii .
bell : nih kenapa bangun ?
EZ : terjaga sebab lapar
bell : ouh .
EZ : dah lah , pergi tidur . sy pon na tidur balik .
bell : ok byee :)
EZ : byee , night .
bell : night :)






HAHAHAHA 


KESIAN KAN DIA . TAKPELAH LEN KALI TGK JAM OK ?


BYEBYE (:

Saturday, June 4, 2011

SEKS sebagai HOBI

Assalamualaikum , hm mengeluh sejenak bila melihat ramai gadis-2 dibawah umur yang tejerumus dalam kancah SEKS ini . siapa yang harus disalahkan ? diri sendiri atau cara penjagaan ibubapa ? 

dan yang ini penjelasan dari dua orang BEKAS pengamal Seks di waktu lapang :

Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu. 
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Friday, June 3, 2011

MALAYSIA VS HONG KONG

Malaysia vs Hong Kong berkesudahan seri 1-1.

jaringan Malaysia dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya pada minit 66 sebelum Hong Kong menjaringkan gol pembukaan pada minit 60 .


check it out guys !

Adinda Evans .

Assalmualaikum wahai hamba Allah sekalian umat

Entry kali ni aku nak dok cerita sikit apa yang aku dok dengaq kisah la ni . Sekarang ni semua orang dok heboh bagai tentang ADINDAEVANS . Aku tak kenai sapa dia tapi yang aku dengaq dia neh bukan main lagi HOT sebab kisah dia takdaa DARA bagai , adik adindaevans dekat sini saya bukan nak buruk kan kau tapi kau sendiri boleh fikir baik buruk . Orang lain pun buat PENGAKUAN tapi tak lah sampai pengakuan kau tu jatuh kan MARUAH kau sendiri . hang paham dak aku cakap . ? Aku tak tau apa-2 sebab aku pun dapat tau dari BLOG kau sendiri wahai ADINDAEVANS . check it out guys :



Dan yang ini reaksi bila dia telah di HOT kan :


nak tau lagi lanjut ? p baca blogg dia sendiri okay ?

http://milanomonstaa.blogspot.com/

Adik-2 kat lua tu boleh fikir mana buruk kan . Assalamualaikum .

Tuesday, April 26, 2011

PERASAAN .

Setelah kian lama tidak menaip dan hari ini dalam sejarah aku menaip buat yang ke sekian kali . Setelah apa yang dijalani , alami dan yang terjadi aku banyak belajar , belajar mengenal hati budi setiap orang disisi atau diluar sana . aku mahu diri aku ii disenangi oleh banyak pihak agar mudah untuk aku meneruskan hidup tanpa ada sebarang rasa resah apabila setiap hari aku membuka mata diawal pagi .

Setiap yang dilalui mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku , mungkin tidak akan jadi hari ini dan mungkin juga ia nya akan terjadi suatu hari nanti kenapa dan mengapa ia nya terjadi . Aku seorang insan yang HINA disisi ALLAH SWT kerana terlampau dan terlalu banyak sangat dosa yang telah aku lakukan . sampai bila aku mahu terus sebegini ? aku juga mahu hidup senang seperti orang lain . aku juga ingin kan kasih sayang seperti orang BERCINTA diluar sana tapi mungkin Allah tidak mahu memberikan Perasaan cinta itu pada aku di waktu sekarang .

Apa yang terjadi harus ditempuhi dan selalu sedia kan payung sebelum hujan , bersiap sedia segala apa yang terjadi . Bagi aku Cinta ini hanya mainan dunia . Tidak semua orang merasakan cinta sejati atau cinta suci sebagainya . Cinta suci cinta yang benar-benar hadir didalam hujung hati itu sendiri , tidak bermaksud jika ada orang memanggil kita “sayang” atau sebagainya bermakna yang dia sayang dan betul betul menyukai diri kita . kita perlu selalu ingat . manusia akan sentiasa berubah-ubah jika ada yang ubah kan diri sendiri . biarlah dia hadir dan tidak DiPAKSA dan MeMAKSA .

Thanks .

Monday, March 28, 2011

Bosan .

bila dah tade keja mcm neh lah kan bosan menguasai diri dan tambah2 mata sakit . haiyoo .
dah tu ape nak buat ? ape lagi . buisness card lah . see :



ni yg dapat aku buat . -.-'

Sunday, March 27, 2011

knp manusia bercinta hanya sementara ?

Assalamualaikum semua (:

Harini tiba-tiba rasa nak menaip pula kan . sebenarnya hari ini hendak membincangkan soal jodoh . perhubungan dan sebagainya . mengikut pengalaman diri sendiri lah . jodoh dan apa sahaja semua nya ditangan tuhan kan ?

Contohnya ibarat bercinta 3 4 tahun . tiba-tiba putus . kenapa ? mesti ade sebab dan kenapa sampai boleh jadi mcm tu sekali kan ? sedangkan manusia yang telah di ijab Kabul kan pun boleh becerai . apetah lagi org baru baru nak bercinta . kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang tetapi kita harus sentiasa bersedia dari saat ke saat dan disebab kan itu ada nya pepatah melayu “ sediakan payung sebelum hujan” .

Hal seperti ini sering berlaku pada insane dan warga yang sedang hangat bercinta . masalah jodoh itu memang sudah ditentukan tetapi kita sendiri perlu berusaha cari yang terbaik utuk sesuai dengan diri sendiri supaya dapat hidup bersama hingga mati dan kalau boleh bia dalam satu liang lahad yang sama . Tapi masih ada lagi insan yang selalu ingin kan sesuatu yang tidak boleh di miliki . senang kata tidak mampu untuk menjaga . kita sebagai manusia biasa di muka bumi Allah ini kena sedar dan sentiasa mengukur baju di badan sendiri supaya kita sentiasa senang untuk menempuhi hari-hari yang mendatang . dalam soal ini aku nak bagi tahu yang ramai lelaki yang ingin kan pasangan yang dapat hidup bersama sehingga akhir hayat . jadi biarlah memilih pasangan yang kita sendir mampu menyara hidup nya di kelak hari .

Di dalam soal cinta pula . memang semua manusia yang bercinta ingin kan jarak yang lama untuk setiap hubungan akan tetapi pernah kah anda terfikir yang anda sudah menyempurnakan pasangan anda ? ini adalah sebahagian besar rakyat Malaysia memutuskan hubungan mereka dengan sebab PERSELISIHAN FAHAM dan boleh di ibarat kan MISS COMUNICATION .. ini adalah salah satu sebab kenapa dan mengapa rakyat dan insan bercinta mahupun yang sudah berkahwin memutuskan hubungan mereka . jadi setiap manusia perlu fikir sebaiik mungin sebelum melakukan sesuatu pekara supaya dapat selesai dengan baik . Banyak lagi pekara yang remeh menyebab kan manusia ini memutuskan hubungan mereka termasuk lah EGO , tidak kira lelaki atau perempuan . semuanya ada sifat ini dlam diri sendiri . tetapi hanya diri sendiri sahaja dapat ubah sikap ini .

Manusia juga amat sukar dan berat mulut jika ingin meMINTA MAAF . ini kerana adalah faktor menyebabkan setiap pasangan bergaduh dan diakhiri dengan perpisahan . tidak salah jika meminta maaf walaupun diri sendiri tidak salah . meminta maaf adalah jalan yang terbaik untuk meneruskan hubungan yang lebih lama dan berpanjangan . .

Jadi oleh itu hanya diri sendiri sahaja dapat menukar sikap pada diri sendiri supaya disenangi manusia manusia lain . terima kasih .

Evand zahari II

Friday, March 25, 2011

PERASAAN DALAM SETIAP DIRI MANUSIA (:

Assalamualaikum .

Malam malam ni meh kite dok sembang sikit pasal perasaan . haa kalau korang ade benda nak share korang bgtau lah jgn duduk diam je . aku tak makan orang . haha .ok teruskan pada cerita asal . sebenarnya aku tak tau nak ckp mcm mana dgn hati dan PERASAAN . semua manusia mempunyai perasaan hati yang berbeza-beza . Jika sebut pasal perasaan juge tidak lah tertumpu tentang CINTA semata . PERASAAN nib g aku dia sgt unik . kadang tu ade orang yang hati dia lembut cakap sikit dah tersentuh . itu kalau org mcm tu . kadang ada jugak orang yanh hati dan perasaan keras nak mampus . kate orang di ibarat kan mcm degil bebenor lah kate org tu . haa kan aku dah ckp tadi perasaan ini banyak kategori untuk setiap manusia yang berbeza-beza . perasaan sayang , cinta , dan sebagai nya hadir bila seseorang itu suka pada seseorang .
Hal yang sedemikian tidak boleh dipaksa atau dicari . ia nya akan datang dengan sendiri walaupun kita sendiri tidak mahu perasaan itu . bg aku sendiri jika perasaan suka sayang itu datang pada aku , aku akan cube jaga dengan sebaiknya supaya tidak akan dibenci . haa BENCI ? benci juga adalah satu perasaaan yang dtang apabila kita sendiri berdendam dan tidak suka pada sesuatu benda atau makhluk Allah di sekeliling . jadi kita sebagai manusia harus mencari jalan bagaimana kita perlu buat supaya orang tidak membenci atau sebagainya . semua benda yang dilakukan mesti ada jalan nya .
Jadi , kita sebagai manusia sendiri harus tahu cara-cara untuk mengatasi segala hal yang datang . PERASAAN ini penting sebenarnya dan sebab itu ALLAH berikan kita perasaan untuk merasa sesuatu dan sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling . pelbagai-bagai perasaan yang ada dan sangat banyak contohnya : suka . sedih . marah . dan sebagainya . dan ingat lah setiap hari bukan perasaan yang sama hadir . setiap hari lain lain perasaan yang timbul dalam diri dan kita juga perlu menjaga hati dan perasaan manusia lain untuk kite terus hidup di muka bumi ini dengan aman dan gembira tanpa ada sebarang musuh atau dibenci oleh mana mana pihak . Jadi . beringat lah wahai saudara-saudara ku sekalian . renung dan fikirkan .

Evand Zahari II .