Photobucket

Monday, March 21, 2011

renung dan fikirlah okay ?

Assalamualaikum w.t.b
Sebebarnya aku tak tau apa yang aku nak tulis untuk entry kali ni tapi mungkin ape yang terlintas dalam fikiran aku sekarang ni ialah KEHIDUPAN dan KEMANUSIAN . hakikat nya kita dilahirkan didunia ni bertujuan untuk mencari bekalan untuk kehidupan seterusnya disana tetapi ramai yang lupa dan terpesong dengan apa yang dijanjikan dan ada jugak manusia yang hanya kejarkan akhirat sahaja , melupakan hal-hal dunia . tak boleh mcm tu sebab kite sebgai umat dan hamba perlu memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat . MANUSIA juga tak pernah cukup dengan apa yang dinikmati seolah olah inginkan satu gunung yang disaluti emas permata . jikalau diberi seglala kenikmatan bila pula kita sebgai manusia ini mahu berdikari untuk hidup susah atau berdikari .
Syaitan telah berjanji pada ALLAH akan menyesatkan anak dan cucu cucu adam sehingga hari kiamat mahupun seseorang itu mahu menghembuskan nafas terakhir .kita sebgai manusia dan hamba ALLAH perlu lah sentiasa kuatkan iman di dada dengan melakukan apa yang disuruh serta tinggalkan apa yang dilarang . senang dan mudah jika ingin Berjaya dalam hidup . tetapi manusia kini hamper lupa dan terikut-ikut dengan budaya serta keadaan sekeliling . tidak salah jika ingin mengikuti peedaran zaman atau apa jua sekali pun tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu fikirkan baik buruk apa yang kita akan lakukan . samaada mendtgkan kebaikan atau tidak .
Manusia juga akan dihasut oleh syaitan2 supaya terus melaga-lagakan manusia supaya bergaduh.betengkar.membenci.mengutuk,mencaci atau sebgainya asalkan sesame manusia saling membenci dan para kaum syaitan ni akan gembira meloncat2 kegembiraan pabila melihat anak cucu adam bergaduh sesame sendiri . tetapi jika ada pihak yang matang dan boleh fikir kehadapan mungkin syaitan akan mengaku kalah tetapi syaitan juga akan mencuba cara yang lain untuk terus menghasut manusia melakukan kejahatan di muka bumi ini . saya disini bukan lah sangat sempurna tetapi hanya ingin mengingati antara satu sama lain . supaya kita dapat menewaskan syaitan ini ,
Jadi kita sebgai manusia haruslah sentiasa saling ingat meningati antara satu dengan lain dan jangan lah kita bermusuhan untuk kepuasan diri . walaupun sekecil dan hanya satu ayat yang berkaitan dengan dosa tetap dikira sebgai dosa yakni termasuk dikalangan dosa-dosa kecil .sampai sini sahaja cerita saya yang ingin dikongsi supaya kita mendapat rahmat dari ALLAH . amin .

Yang buruk datang dari saya sendiri dan yang baik datang dari yang maha esa . assalamulaikum .

No comments: