Photobucket

Friday, June 10, 2011

"PEKIDA" Marah Filem "KL GANGSTER dan KONGSI"

Assalamualaikum semua , pagi ini kita KONGSI sikit cerita pasal filem yag berkait sikit dengan PEKIDA , kata ahli pekida yang filem KONGSI dan KL GANGSTER telah membuka KOD RAHSIA pertubuhan terbabit , Kita ikuti berita lanjut :

Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.
Syamsul, 27, berkata dakwaan ahli Pekida itu mungkin berpunca daripada salah faham selepas filem arahannya itu mula ditayangkan di pawagam, kelmarin.

“Saya sendiri tidak faham apa kod rahsia yang dimaksudkan mereka, kemungkinan mereka tidak berpuas hati kerana penggunaan perkataan ‘abang long’ dan ‘ayahanda’ dalam babak filem itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, filem itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak, malah penggambarannya mendapat kebenaran daripada polis dan pelepasan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

“Sebelum membuat filem, penolong pengarah produksi, Rizal Ashraf terlebih dulu melakukan kajian dan menemubual bekas gengster.

“Tetapi isu seperti itu tidak sepatutnya timbul dan saya mengharapkan ahli Pekida tidak sewenang-sewenangnya menuding jari kepada Skop Production kononnya menjatuhkan bangsa sendiri,"
Dia berkata, filem itu hanya rekaan semata-mata dan bersifat hiburan, malah ia tiada kaitan langsung dengan gengsterisme di negara ini. “Tujuan penghasilan filem ini adalah menyampaikan mesej bersifat kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan dengan harapan ibu bapa mengambil berat terhadap anak yang sedang meningkat dewasa,” 

Di sebalik kontroversi itu, Syamsul tetap melahirkan rasa syukur kerana kutipan hari pertama tayangan filem itu mencatat RM1.5 juta.
Selain KL Gangster, Pekida juga berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi kerana mendakwa mereka mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan.

syamsul yusoff : pengarah


Sementara itu, pengarah Kongsi, Farid Kamil Zahari, 30, turut memberi pandangan sama iaitu filem berkenaan yang ditayangkan di saluran Astro First hanya hiburan semata-mata tanpa ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pertubuhan.

hero filem KONGSI


“Bagi saya penggunaan ‘abang long’ atau ‘ayahanda’ sinonim dengan masyarakat Melayu, saya juga memanggil mak cik dan pak cik saya dengan gelaran ‘mak long’ dan ‘pak long’.

“Tidak ada sebarang kod rahsia yang menyentuh sesiapa. Sebaik menerima skrip filem itu sebelum ini, saya dapati ia karya yang menarik dan menghiburkan,





antara skrip yang ada didalam KL GANGSTER : "lu abg long ka ayahnda ka ini kl gua yag pegang"

so , sekarang neh nak buat filem pun kena berhati-hati nanti tak pasal pasal kena marah bagai .

4 comments:

sham-inn said...

sesedap ja nk saman orang... nk saman apa tah la... lau nk saman teman nk syorkan amek lawyer yg plg hebat... sbb xdak motif nk saman.. anak Dato` lak 2... -juz saying

Anonymous said...

biar lah shamin mereka terlalu fikirkan sangat sampai terbawak-2 . melayu-melayu kott ? mcm mana nak maju melayu sendiri . patut kena faham betul betul apa tujuan petubuhan PEKIDA .

| Kecikš | said...

HERO FILEM KONGSI??
ABG SAM LA SYG OI!!~~

evand zee said...

tau lah kecik , so ?